Isnin, 17 Jun 2013

Puding Triffle

Bahan
1 biji swiss role cake..apa2 perisa pun xpe..sedapnya pandan
1 tin susu cair
1 tin air (utk masak castard) ikut ukuran tin susu cair

1 tin fruit coactail
4 sudu penuh tepung castard
7 sudu gula
Jelly konyaku 1 paket 250g(xperlu tmbah gula sbb dlm paket serbuk jelly ni dah ada gula)
air 1 liter (utk masak dgn jelly)
*optional: 1/2 tin jagung krim dalam tin


Cara:
1- Potong 1 biji swiss roll cake (lebih kurang 1-2 inci). perisa apa pun xpa.susun dalam bekas (nak nampak cantik guna bekas kaca)
*kalau nak renjis2 air buah koktail tu pun boleh...tp sy xletak sbb xnak kek tu lembab/basah..sy suka kering2 ja...

2- masukkan dalam periuk, 1 tin susu cair bersama 1 tin air (ikut tin susu cair tu), 7 sudu gula dan 4 sudu tepung kastard,(saya tambah 1/2 tin jagung krim), masak atas api sederhana sampai pekat.tuangkan atas kek tadi.

3- taburkan 1 tin besar buah2an koktail (nak tambah nata de coca pun boleh)

4. masak 1 paket jelly konnyaku (nak guna perisa apa pun xpe..tp saya guna yg xdak perisa supaya senang nak letak warna apapun) bersama 1liter(ikut sukatan air pada paket jelly ni) dan pewarna. xperlu tmbah gula sbb dh ada gula dlm serbuk jelly ni.bila dah larut tuangkan atas susunan buah2 koktail tadi..sejukkan....mudah n ringkas..
*kalau nak ganti jelly konyaku dengan agar2 serbuk@tali pun boleh..tp kena tmbah gula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan