Isnin, 23 September 2013

Kek Marble Pandan Versi Kukus




Resepi

5 biji telur (asingkan putih dan kuning)
2 cawan gula kastor
1 sudu kecil ovallete
4 cawan tepung kek(tepung naik sendiri)
1 kotak pati santan (200ml)
3/4 sudu kecil garam halus
1 sudu besar asen pandan
1 sudu besar coklat emulco(serbuk koko pun boleh)
pewarna hijau

cara:
-panaskan air dalam periuk kukus (air 3/4 periuk)
-putih telur bland bersama gula dan ovellete sampai kembang dan pekat
-masukkan kuning telur dan asen pandan
-masukkan adunan yg dibland dalam mangkuk besar dan kaup balikkan dengan tepung skit2
-pastikan tepung dan adunan yg dibland tadi betul2 sebati dan tidak berketul (tapis kalau berketul)
-masukkan pati santan yg dah dicampurkan garam dan sebatikan
-bahagi adunan kepada 3 bekas
-bekas pertama masukkan pewarna hijau
-bekas kedua masukkan coklat emulco
-bekas ketiga biarkan tanpa pewarna
-sapu acuan/loyang dengan mentega/butter
-tuang ke dalam acuan/loyang selang seli warna dan lorekkan guna lidi satey
-bila air dan betul2 mendidih,kukus selama 45minit (api sederhana)
-keluarkan dari loyang bila kek dah sejuk
-potong kek dan hidang
*kalau nak bakar pun boleh (rasa keknya lebih kering dan keknya naik lebih kembang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan