Selasa, 25 Jun 2013

Pop Corn versi Vantage

Bahan
1 sb mentega (eden guna butter)
2 sb minyak masak (minyak jagung pn boleh)
1/2 cawan jagung kering (beli kat bahagian rempah ratus kat giant)
*5 sb gula
*1 sb mentega
bahan * utk buat karemel (gaul/sira atas popcorn last skali)

cara:
mula2 panaskan minyak n butter..masukkan 2-3 biji jagung..tggu meletup..pastu baru masuk semua..then bila dah abis meletup angkat dan goyang2 pan..letak atas api sat..goyang2 pan dan matikan api. kemudian buat karamel..masakkan gula sampai hampir cair..tmbah butter..bila dah perang2 tu sirakan atas popcorn yg dh kembang tadi..(tp den tuang popcorn dr pan ke kuali dan gaul terus popcorn dlm kuali yg masak karemel....dah siap..tgu sejuk skit leh makan ya..meh kita try

Oh My Aiskrim


Bahan
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 tin air (guna tin susu)
1 biji telur
2 sudu besar ovellete
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu kecil asen vanila
1 sudu besar tepung jagung

cara:
-masukkan semua bahan dalam mixer
(kalau nak buat pelbagai perisa jgn masukan perisa masa mix..bila dh kembang baru asingkan dan cmpur perisa kegemaran)
-pukul dengan kelajuan perlahan selama 5 mnt
-pukul kelajuan maximum selama 10-15mnt
adunan akan kembang 2-3x ganda (hampir penuh mixer)
-bila adunan dah pekat boleh masukkan dalam bekas
-sejukkan dalam peti semalaman

Black Pepper Pizza Pita


Bahan A
1 keping roti pita..
sos cili
mayonis
2 keping keju cheesedale
keju mozarela diparut 1/3 cawan
sosej (rebus dlu dan hiris nipis)
1-2 sudu besar serbuk lada hitam

Bahan tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang) nak guna daging boleh juga
1 senduk mix vegitable
1/3 cawan air
1 sudu mentega.

cara penyediaan:
-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
-masukkan rempah kari dan masak sampai garing
-masukkan isi ayam(daging pun boleh) dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
-masukkan mix vegitable
-masukkan garam dan gula..kalau sebati dan padamkan api
-ketepikan

-panaskan double grill pan vantage..
-masukkan roti pita yg telah disapu dengan sos cili dan mayonis
-letak 1 keping keju cheesdale
-letak inti yg dimasak tadi
-letak lagi sekeping cheesedale..letak potongan sosej
-tabur parutan keju mozarella
-tabur serbuk lada hitam
-bakar sampai keju cair...lebih kurang 10-15 mnt (api paling kecil)

Nasi Hujan Panas


Bahan
3 cawan beras (sy guna beras jasmin pusa gold)
4 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
kayu manis n bunga lawang
1/2 sudu makan garam
pewarna (sy guna merah,hijau,biru)
2 helai daun pandan (simpulkan)
2 sudu besar butter (kalau ada minyak sapi lg harum)

cara:
-cuci bersih beras dan rendam 15-20mnt
-panaskan grillpan dan masukkan mentega
-bila mentega cair masukkan kayu manis n bunga lawang
-kemudian masukkan bawang merah n putih..biar garing n keemasan
-masukkan beras,gaul sebati dan masukkan air,daun pandan, pati ayam dan garam
-masak sampai kering air(lebih kurang 12-15mnt guna api paling kecil)
-bila nasi dah betul2 kering airnya dan masak sekata, buat lubang kecil2 (guna lidi satey dan titikkan pewarna)
-biarkan 2-3 minit baru padamkan api dan gaul sebati
-sy hidangkan bersama acar timun,kurma telur dan ayam masak merah

Isnin, 24 Jun 2013

Pizza Gardenia Kari Ayam Cili Benggala

Bahan
-6 keping roti gardenia (disapu mentega)
-sos cili&mayonis
-1 biji cili benggala (dihiris nipis2)
-6 keping keju cheesedale

Bahan tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang)
1 biji kentang didadukan
1/2 biji timun didadukan
1/3 cawan air
1 sudu mentega.

cara penyediaan:
-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
-masukkan rempah kari dan masak sampai garing
-masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
-masukkan timun dan kentang
-masukkan garam dan gula..biar sebati dan padamkan api
-ketepikan

1)susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage
2)sapukan sos dan mayonis atas roti
3)taburkan bahan yg ditumis dan hirisan cili benggala
4)susun keju cheesedale atas roti
5)tutup pan dan buka api paling kecil
6)bakar sampai keju cair (lebih kurang 8-10mnt)
sedia hidang...sgt sedap..rangup

Puding Pandan Bersantan

Bahan A
1 paket agar-agar tali (20g)
3 cawan air
5 helai daun pandan

Bahan B
200ml santan pekat dlm kotak
1 biji telur
1 cawan gula
1 titik pewarna hijau apple
secubit garam

cara:
1-bland 3 cawan air bersama daun pandan dan tapis
2-masak agar2 tali bersama air daun pandan tadi sampai agar2 hancur dan tapis
3-bland bahan b dan satukan dalam bahan a
4-masak sampai mendidih
5-masukkan dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais 1-2jam
6-sedia hidang
selamat mencuba 

Kek Coklat Kukus


Bahan
1 1/4 cwn susu segar
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula
1/2 cawan sebuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu soda bikarbonat
2 sudu marjerin
3 biji telur

topping:
* 1/2 bar coklat masakan
* 2 sudu besar susu pekat
* 1/3 cawan susu segar
* 1 sudu mentega(planta/butter pun boleh)
-manik2 hiasan kek

cara:
1) campur susu segar,susu pekat,gula,serbuk koko,marjerin & minyak..masakkan atass api kecil.padamkan api dan sejukkan seketika
2) bland telur sampai kembang..campur dlm adunan yg dimasak tadi..
3)kemudian ayak tepung ngan soda & baking powder..campur sekali dalam adunan yg dimasak kacau sebati...
4)masukkan dlm acuan..kukus sampai masak
-acuan kecil2 dalam 20-30 minit
-kalau guna loyang kukus 1 - 1 1/2jam
5)tunggu kek sejuk baru keluarkan dr loyang/acuan
6)campur semua bahan topping dalam mangkuk/periuk kecik
7)double boilkan bahan * sampai sebati (kalau nak toping lg pekat xperlu masukkan susu segar)
8)siram atas kek dan tabur manik2 hiasan kek
sedia hidang

Mee Kari Udang


Bahan
1 labu bawang besar (dadukan)
3 ulas bawang putih (racik halus)
3 sudu rempah kari daging (sy guna adabi)
1 sudu cili boh
1 tangkai daun kari
1 keping dada yam (isi shj) hiris nipis/kecil2
1/2 kg udang sederhana besar
tauhu goreng (potong nipis)
fish ball & fish cake
sodek/putik jagung
1/2 batang lobak merah hiris nipis
2 cawan pati santan
2 cawan air panas
1 senduk minyak (utk tumis)
gram dan gula secukup rasa
ulam:
taugeh-dicelur
sawi-dicelur
cili merah/hijau hiris nipis
buah limau nipis
bawang goreng
buah tomato dihiris nipis @guna buah tomato kecik2 tu
2 biji telur rebus (belah 2)

mee 2 bungkus-dicelur

cara:
1)panaskan minyak, masukkan bawang besar n bawang putih.masukkan daun kari..biar garing
2)masukkan rempah kari +cili boh yg dibancuh air..tumis sampai masak dan garing.
3)masukkan isi ayam..gaul sebati..tambahkan 1 cawan air..biar mendidih
4)masukkan putik jagung ,udang dan pati santan yg ditambah 1 cawan air.biar sampai mendidih..
5)masukkan fish ball,fish cake dan tauhu goreng..perasakan garam dan gula.kacau sebati..biar 2-3mnt..padamkan api..
6) hidangkan bersama mee n ulam2...
*nak lagi sedap boleh tmbah kerang yg dh direbus

Bebola Donut Coklat


Bahan (utk 20-25bj bebola donut)
-3cwn tepung gandum
-3 sudu besar susu tepung 
-1 sudu besar dough softener
-3 sudu besar gula
-200ml air suam
-2 sudu kecil mauripan
-minyak utk menggoreng
*lidi satey

cara:
-satukan tepung,susu,dough softener dan mauripan..gaul sebati...
-gula dicampur dengan air suam dan kacau sampai gula hampir hancur
-tuang air gula dalam tepung sedikit demi sedikit dan uli sampai xmelekat ditangan
*boleh tambah air jika perlu
-bulatkan doh kecil2..masukkan dalam bekas bertutup @ tutu bekas dengan tuala lebab..biar doh 2x ganda (1/2-1jam)
-panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sampai keemasan dan agak sejuk boleh cucuk di lidi satey dan celup dalam topping coklat dan tabur hiasan kek...

Bahan (topping coklat)
*1/3 bar coklat masakan
* 1 1/2 sudu besar susu pekat
* 1 sudu mentega(planta/butter pun boleh)
* 2 sudu susu cair

cara:
-double boilkan semua bahan * sampai cair dan sebati

Roti Jala Zam-Zam ala Kazam


Bahan
3 cawan tepung gandum 
1 cawan santan @ susu cair
2 cawan air
1 biji telor
sedikit pewarna hijau
1 sudu teh garam
*minyak untuk sapu pada non stik pan

cara:
1- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati
2- Tapiskan adunan yang telah di kisar.
3- Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala
4- Panaskan kuali non-stikdan sapu minyak atau pemanggang berkembar dan tebarkan/ anyam adunan selang seli secara melintang dan menegak.
5- Bila sudah masak bolehlah dilipat atau digulung.
4. Hidangkan roti jala tikar ini bersama kari ayam.

Kek Gula Hangus @ Sarang Semut


Bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 sudu planta
panaskan gula sampai cair.masukkan air panas sikit2 bila gula dah cair n jadi perang2 coklat.. last masukkan planta..kacau sebati..padamkan api

4 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder
1 cawan susu pekat

cara:
-pukul telur sampai kembang (saya bland sampai telur nampak nak putih2),
-ayak tepung dengan baking powder n soda..
-masukkan susu selang seli dengan tepung (tanpa berhentikan blander).
-last masukkan air gula hangus yg dh sejuk
-saya tuang terus dalam double grill pan vantage lepas adunan sebati..
-perap dalam pan 1 jam ja.kemudian kacau semula adunan dan buka api paling kecil.. ..biarkan pan terbuka.xperlu tutup
-lepas masak 10mnt dan kek dah lekang (tepi kek xbercantum dengan pan)saya tutup pan dan balikkan pan..bakar lagi 5 minit..
guna api paling kecil...siap kek..tunggu kek sejuk baru potong ya

Agar-agar Santan Gula Merah

Bahan
1 paket agar2 tali (20g)
5 cawan air
2 helai daun pandan (simpulkan)
1 cawan pati santan
1 1/3 cawan gula putih
1 cawan gula merah
garam (1 sudu kecil/kfc)
1 biji telur

cara:
-masak air,daun pandan, agar2,gula putih dan gula merah -bila dah cair semua agar2 dan gula merah tu tapiskan
-bland pati santan, garam dan telur seketika
-bila dah siap tapis agar2 tadi masukkan bahan yg di bland..masak sampai mendidih (sambil kacau dgn senduk)
-masukkan dalam acuan,bila dah xberasap sejukkan dlm peti ais
*sukatan gula ni xmanis sgt..kalau suka manis boleh lebihkan gula

Laksa dan Mee Sanggul Goreng



Bahan
1 kg ikan sardin segar (siang,bersihkan dan rebus dengan sam keping n garam)
1 bungkus laksa (cap eka) rendam dan rebus sampai lembut
*1 genggam cili kering (potong pendek2 dan rebus)
*7-8biji bawang besar
*1-2 inci belacan
garam dan gula secukup rasa
daun kesum
bunga kantan (belah 2@4)
asam keping
ulam:timun,bawang besar,limau nipis,cili padi hiris nipis2.kalau tmbah daun selom/daun salad,pucuk janggus atau pucuk putat lg sedap.

cara:
-bland semua bahan * sampai halus.masukkan dalam periuk.masak sampai kering air (utk bagi cili betul2 masak.baru xsakit perut)
-bland isi ikan dan masukkan dalam cili yg telah dimasak tadi bersama air rebusan ikan dan asam keping..
-masak sampai mendidih.tambahkan garam dan gula(sebagai ganti ajinamoto).
-kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesom..biar lagi mendidih..kecilkan api..biar lama skit..sbb kuah laksa masak lagi lama lagi sedap....
-hidangkan kuah bersama laksa n ulam(timun,bawang,hirisan pucuk gajus,daun selom,salad,cili padi,kacang panjang,limau nipis)
-nak sedap lg campur mee sanggul goreng/bihun goreng

Rabu, 19 Jun 2013

Ketayap Polkadot

Bahan A
• 1 cawan tepung gandum
• 1 biji telur
• 2 helai daun pandan @ beberapa titik asen pandan
• 1 1/2 cawan susu cair atau santan
• 1 sudu teh garam
• pewarna hijau & kuning
• 1 sudu besar majerin dicairkan
• sedikit minyak utk disapu pada kuali
 

Bahan (inti)
• 1/2 biji kelapa parut putih
• 3/4 cawan gula merah / 1 keping gula melaka
• ¼ cawan air
• 1 helai daun pandan@ asen pandan
• 1 sudu besar tepung pulut/jagung


cara (inti):

-campurkan air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
-Masak hingga pekat dan masukkan kelapa parut taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. 

-Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

cara (DADAR ketayap):

- Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis.
- Asingkan kepada 2 warna..kuning dan hijau.untuk adunan polkadot(hijau), tambahkan sedikit tepung supaya lebih pekat.
- Panaskan kuali/pan, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan senduk adunan tadi dan layangkan kuali/pan agar adunan tadi bulat. (*kemudian ,bila adunan dah hampir masak, dot-dotkan atas adunan dengan hijau).saya guna botol plastic letak kicap tu.yg kecil.kalau guna plastic 3 segi dan guntingkan muncungnya pun boleh.
- Biarkan masak sehingga 1 minit, angkat jangan terlalu lama. (angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
- Terus letakkan inti dan gulung

Puding Koktail


Bahan
1 paket serbuk jelly (250g)
1 liter air
1 cawan susu cair
1 tin buah koktail

cara:
1)didihkan 1 liter air dalam periuk.
2)bila air dah mendidih masukkan serbuk jelly
3) kacau sebati hingga serbuk jelly larut.
4)padamkan api dan tuangkan susu cair.kacau sebati dan masukkan buah koktail.
5)tuangkan adunan ke dalam acuan.
6)sejukkan dalam peti ais

Siakap Bakar Petai


Bahan A:
1 ekor ikan siakap(disiang dan belah belakang)
1 sudu besar serbuk kunyit
½ sudu besar garam halus

Bahan B (kisar sebati semua bahan)

10 tangkai cili kering yang telah direbus
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 sudu besar minyak masak
1 cawan air

Bahan C
3 papan petai dihiris halus bersama kulit
1 biji bawang besar dipotong bulat
5 sudu besar minyak untuk menumis
½ cawan air
garam dan gula secukup rasa
daun salad untuk hiasan

cara:
1)siakap yang telah disiang dicuci bersih.gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam.
bakar hingga masak sekata.
2) panaskan kuali dan masukkan minyak..tumiskan bahan B hingga pecah minyak dan cili betul2 masak.
3)masukkan hirisan petai dan tambahkan air.masukkan garam dan gula secukup rasa. bila petai dah empuk masukkan bawang besar.
4) tuang ½ drpada sambal petai tadi atas ikan yang dibakar dan biar seketika..balikkan ikan dan tuang baki sambal petai...hidangkan bersama daun salad

Mee Kuah Alam Damai

Bahan
-1 senduk cili boh (saya bland bawang besar,belacan,udang kering,jintan manis n cili kering yg dah disangai)
-3 ulas bawang putih dan1 inci halia (hiris nipis2 utk tumis)
-1 senduk minyak (utk tumis)
-sos cili
-isi ayam
-udang
-fishball/fishcake
-sodek jagung
-sawi
-air
-kentang rebus yg dibland halus
-garam dan gula secukup rasa

hiasan:
bawang goreng
cili hijau/cili merah hiris nipis
telur rebus
daun sawi yg dicelur

1 bungkus mee kuning dicelur

cara:
-cili kering, bawang besar,udang kering,belacan,jintan manis disangai(goreng tanpa minyak)
-bland bahan yang disangai.
-panaskan minyak dan tumis bawang pitih n halia..
-masukkan bahan yg dibland..masak sampai pecah minyak..masukkan sos cili..kacau sebati
-masukkan isi ayam,air dan biar sampai empuk..masukkan sodek jagung dan batang sawi
--masukkan udang dan fishball/fishcake
-perasakan garam dan gula..masukkan ubi rebus yg dah dibland..biar sampai mendidih..padamkan api

- hidang bersama mee kuning, bawang goreng,telur rebus,daun sawi celur dan hirisan cili

Siakap 3 Rasa

Bahan A
1 ekor ikan siakap disiang bersih dan kelar2 badannya
serbuk kunyit n garam halus
minyak utk menggoreng

cara:
-gaul ikan dengan serbuk kunyit n garam halus
-panaskan minyak dan goreng sampai garing

Bahan B
1 senduk cili boh
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
5tangkai cili padi potong kecil2
1 labu bawang besar didadukan
1 biji tomato didadukan
2 ulas bawang putih hiris nipis
garam/gula
* 1 btg serai (boleh tmbah kalau suka)
minyak utk tumis (guna minyak goreng ikan tadi
*air (kalau pekat sgt)
 

cara:
-panaskan minyak..tumis bawang putih sampai kekuningan.
-masukkan cili boh dan masak sampai garing
-masukkan sos tomato,sos cili n sos tiram.kacau sebati
-masukkan timun dan bawang besar yang didadu.biar mddih
-masukkan cili padi,buah tomato dan nenas.perasakan garam dan gula
-kalau pekat sgt boleh tambah air
-masukkan ikan yg digoreng..balik2kan biar sebati sos dan ikan @ boleh terus siram atas ikan yg digoreng..sedia hidang


1/2 biji timun didadukan
1/2 biji nenas (saiz kecil) dihiris nipis kecil2

Mee Kari Ayam

Bahan
1 labu bawang besar (dadukan)
3 ulas bawang putih (racik halus)
3 sudu rempah kari daging (sy guna adabi)
1 sudu cili boh
1 tangkai daun kari
isi ayam
tauhu goreng (potong kecik)
fish ball & fish cake
kacang panjang (potong pendek2)
sodek/putik jagung
2 cawan pati santan
2 cawan air panas
1 senduk minyak (utk tumis)
gram dan gula secukup rasa
ulam:
taugeh-dicelur
sawi-dicelur
cili merah hiris nipis
buah limau nipis
bawang goreng
bua tomato dihiris nipis @guna buah tomato kecik2 tu
mee 2 bungkus-dicelur

cara:
1)panaskan minyak, masukkan bawang besar n bawang putih.masukkan daun kari..biar garing
2)masukkan rempah kari +cili boh yg dibancuh air..tumis sampai masak dan garing.
3)masukkan isi ayam..gaul sebati..tambahkan 1 cawan air..biar mendidih
4)masukkan putik jagung ,kacang panjang dan pati santan yg ditambah 1 cawan air.biar sampai mendidih..
5)masukkan fish ball,fish cake dan tauhu goreng..perasakan garam dan gula.kacau sebati..biar 2-3mnt..padamkan api..
6) hidangkan bersama mee n ulam2...
*nak lagi sedap boleh tmbah kerang yg dh direbus n udang.

Ayam Percik


Bahan
1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
serbuk kunyit
garam halus

cara:
gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak
bila ayam dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas ayam..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas ayam masa hidang...

Bahan (percik)
2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh
*10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 - 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 1 inci halia
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit
 
cara:
-bland bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik
-masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping,pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)
-bila dah masak boleh siram atas ayam bakar tadi@masukkan ayam bakar dlm percik..gaul sebati dan hidangkan

*kalau percik tu nak guna utk ikan/sotong xperlu tambah halia masa bland cili n bhn2 lain tu ya..

Murtabak Mini

Bahan
sebiji bwg putih (racik/dadukan)
1/2 biji bwg besar (potong dadu)
2 biji kentang (potong dadu)
1 senduk mix vegetable
isi ayam(ptg kecik2) - blh ganti daging kalau suka
1 1/2 sudu rempah kari (xkesah apa2 brand)
2 biji telor ayam
garam secukupnya
kulit popia
minyak utk menumis dan goreng

cara:
-tumis bwg putih,
-masuk serbuk rempah kari daging yg dibancuh dgn sdkt air
-tggu pecah myk, masuk isi ayam dan air
-agak mendidih/hampir msk, msuk kentang,msk garam
-bila kentang dah empuk,msk bwg & mix vegetable,
-gaul rata & biarkan seketika sblum ttp api
-pecahkan telur dlm inti tadi
-letkkan 2-3 sudu int dan balut inti tu atas kulit popia
-ms nak goreng, letak myk 1 sudu ja dalam pan
-goreng sampai garing...then balikkan..
-biar garing lg sebelah...siap hidang

Apam Balik Pandan


Bahan A
5 helai daun pandan
1 1/2 cawan air
2-3 titik pewarna hijau apple

cara:
-kisar semua bahan dan tapis ambil airnya shj
*kalau xde daun pandan gantikan dengan asen pandan 1 sudu

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan gula
secubit garam

cara:
-ayak tepung,soda dan baking powder sampai sebati
-bland gula dan telur sampai kembang (nak pukul guna mixer pun boleh)
-masuk tepung selang seli dengan air daun pandan tadi (bahan A)
-masukkan garam..bland sampai sebati

Bahan C
-jagung cream (dalam tin)
-gula
-kacang tanah goreng yg ditumbuk

cara:

-tuang 1 senduk adunan atas non stik pan (sy guna pemanggang vantage)..xperlu letak minyak
-taburkan gula,jagung krim dan kacang tanah tumbuk
-biar garing dahulu baru lipat dan angkat
-boleh sapu mentega atas permukaan apam balik kalau suka..

*1 adunan ni boleh dapat 6-7keping apam bergantung kepada saiz senduk masing2

Lamb Chop versi Naimah

Bahan A
-5 keping daging kambing
*boleh diganti dengan daging lembu/ayam (kalau xsuka kambing)

Bahan B (sos lada hitam utk perap dan siram atas lamb chop)
-1 labu bawang besar (potong dadu)
- 2 sudu butter/planta
- 1 sudu tepung gandum@jagung (dibancuh dgn sedikit air)
- 2 sudu lada hitam di tumbuk @ serbuk lada hitam
- 1 sudu sos tiram / sos cili@sos tomato
- 1 kiub pati ayam/lembu
*boleh tambah cendawan butang kalau suka

cara:
cairkan butter, tumiskan bawang besar.dah kuning masukkan bancuhan tepung..kacau sekata..masukkan lada hitam..sos cili@tomato,sos tiram dan kiub pati ayam...tmbahkan air jika terlalu pekat...masak sampai mendidih dan padamkan api...ambik separuh simpan untuk siram atas daging yg dah dibakar/panggang nanti. separuh lagi guna utk perap daging.
selepas perap daging selama 2-3 jam (lebih lama lebih sedap)
masukkan dalam pemanggang dan panggang selama 10-15mnt..balikkan pemangang dan bakar lg 10 mnt..biar daging betul2 masak..

Bahan C
kentang
*brokoli
*mix vegetable
*buah tomato
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam
*boleh tambah cili benggala kalau suka
 

cara:
-goreng kentang sampai masak sekata
-gaul bahan * dengan garam dan lada hitam..
-kukus atau bakar campuran bahan * sampai empuk.
(kalau goreng dengan sedikit minyak zaiton pun boleh)
-hidang semua bahan C bersama daging yang dah dibakar dan siram dengan baki sos lada hitam yg dimasak tadi.boleh tambah sos cili dan mayonis (utk mkn bersama kentang goreng)

Pie Tee

Bahan (utk kulit)
- 2 cawan tepung beras
- 1 1/4 cawan air
- kapur makan 1/2 sudu kecik (bancuh ngan 2sudu air)
- 1 sudu kecik garam
- 1 sudu kecik gula
1/2 biji telur yg dah dipukul skit
 

cara:
kena isi minyak separuh periuk kecik..agak2 tenggelam acuannya..rendam acuan sampai panas..celur acuan dalam adunan tepung tadi...agak2 hampir 95% acuan..celup dalam minyak...biar kuning2..tanggalkan dr acuan guna garpu..biar sat dlm minyak bleh ulang celup acuan...bila dah kuning dan keras dah kulit tu angkat dan tos...

Bahan (inti)
bawang merah & putih (racik/tumbuk)
minyak utk tumis (1sudu shj)
udang kering
sengkuang/timun/lobak merah (parut)
garam secubit rasa ja

cara:

tumiskan bawang..masukkan udang kering..sedikit je garam..xletak pun xpe sbb udang kering dh masin..kemudian masukkan lobak/timun/sengkuang.gaul sebati dan matikan api..isi dalam kulit pai...sedap dimakan rangup2

Ayam Bakar Air Asam

Bahan A
3 bahagian ayam (sekor ayam potong 4)
serbuk kunyit
garam halus
serbuk lada hitam

cara:

-gaul sebati semua bahan dan bakar

Bahan B (air asam)
2 biji bawang besar
2 biji cili merah (cabai besar)
5 tangkai cili padi
2 biji buah tomato
1 inci belacan
garam dan gula secukup rasa
jus asam jawa@ jus limau
1/2 cawan air suam
daun bawang/daun sup (nk lg sedap letak daun kesum)
 

cara:
-1 biji tomato belah 4,1 biji bawang besar belah 4,belacan,garam dan gula,air suam dan jus asam jawa dibland sebati (jgn halus sgt)..kasar2 skit
-1 biji tomato hiris nipis,1 biji bawang nesar hiris nipis dan daun bawang/daun sup hiris nipis...masukkan dalam bekas bersama bahan bland..gaul sebati

Isnin, 17 Jun 2013

Pizza Gardenia

Bahan-5 keping roti gardenia (disapu mentega)
-sos cili&mayonis
-3 batang sosej (dihiris nipis2)
-4 keping keju cheesedale
- keju mozarella (agak2 ja untuk tabur atas toping piza)

Bahan tumis
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang)
1 senduk mix vegitable
1/3 cawan air
1 sudu mentega.

cara:
-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
-masukkan rempah kari dan masak sampai garin
-masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
-masukkan mix vegitable
-masukkan garam dan gula..kalau sebati dan padamkan api
-ketepikan

1)susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage
2)lorekkan sos dan mayonis atas roti
3)taburkan bahan yg ditumis dan hirisan sosej
4)susun keju cheesedale dan taburkan keju mozarella...
5)tutup pan dan buka api paling kecil
6)bakar sampai keju cair (lebih kurang 10-15mnt)
sedia hidang...sgt sedap..rangup

Popia Goreng Nestum

Bahan
10 keping kulit popia
bancuhan 1/2 sudu kecil tepung + air (utk lekatkan kult masa gulung)
1 1/2 cawan minyak (untuk goreng)

cara 1: gulung popia dan lekatkan dgn bancuhan tepung dan gunting serong2
cara 2: potong kulit popia kepada 4 bahagian..dan setiap bahagian dipotong 2..gulung dan lekatkan
*pilih mana2 cara yg disukai...kemudian goreng dalam minyak panas..guna api sederhana dan sering balik2kan masa goreng..dan keemasan boleh angkat dan tos..

1 sudu besar serbuk cheese
2 sudu besar nestum
1 sudu besar gula
1 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil susu tepung (guna susu dumex irfan ja)
kisar halus semua bahan..gaulkan dengan kulit popiah yg dah siap digoreng

Udang Masak Lemak Tempoyak

Bahan
1/2 kg udang saiz sederhana
*1 senduk tempoyak
* kunyit hidup (besar ibu jari)
*5 biji cili padi
*1 biji cili merah
*1 biji bawang besar (saiz kecil)
*1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
daun kunyit hiris nipis / carik2kan
buah tomato (belah 6)
hirisan cili merah

cara:
- bland bahan bertanda * dan masukkan dalam periuk.
-masak sampai mendidih baru masukkan udang dan daun kunyit
-tambah santan pekat dan perasakan garam
-bila udang dah masak, padamkan api dan masukkan buah tomato dan hirisan cili merah
-sedia hidang

Kek Coklat Keju Kukus

Bahan
*6 keping keju (apa2 jenama pun boleh)
*1 cawan gula
*1 /2 cawan susu segar
1 ketul buttercup(250g)
3 biji telur (gred b)
1 sudu besar asen vanila
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar baking powder
2 sudu besar coklat emulco (kalau xdak gantikan dengan serbuk koko)

cara:
1)panaskan bahan *(susu,keju&gula) sampai cair..pastikan sentiasa dikacau dengan senduk supaya xberketul
2)pukul butter dengan telur dan asen vanila sampai kembang
3)masukkan bahan yg dimasak tadi dalam bahan yg dipukul kembang.gaul sebati
4)masukkan tepung yg di ayak bersama baking powder sikit2 dan kacau sebati
5)bahagikan kepada 2 bahagian
6)masukkan coklat emulco dalam salah satu bahagian.
7)panaskan periuk kukus(air 3/4 periuk),biar air betul2 mendidih baru masukkan acuan
8)masukkan adunan coklat dlu dalam acuan..kukus selama 10mnt dengan api sederhana,kemudian masukkan pulak adunan yg xde coklat..kukus lg 10mnt.ulang sampai habis adunan kek..lapisan terakhir kukus selama 20mnt
9)dah siap masak sejukkan dahulu sebelum potong

Puding Triffle

Bahan
1 biji swiss role cake..apa2 perisa pun xpe..sedapnya pandan
1 tin susu cair
1 tin air (utk masak castard) ikut ukuran tin susu cair

1 tin fruit coactail
4 sudu penuh tepung castard
7 sudu gula
Jelly konyaku 1 paket 250g(xperlu tmbah gula sbb dlm paket serbuk jelly ni dah ada gula)
air 1 liter (utk masak dgn jelly)
*optional: 1/2 tin jagung krim dalam tin


Cara:
1- Potong 1 biji swiss roll cake (lebih kurang 1-2 inci). perisa apa pun xpa.susun dalam bekas (nak nampak cantik guna bekas kaca)
*kalau nak renjis2 air buah koktail tu pun boleh...tp sy xletak sbb xnak kek tu lembab/basah..sy suka kering2 ja...

2- masukkan dalam periuk, 1 tin susu cair bersama 1 tin air (ikut tin susu cair tu), 7 sudu gula dan 4 sudu tepung kastard,(saya tambah 1/2 tin jagung krim), masak atas api sederhana sampai pekat.tuangkan atas kek tadi.

3- taburkan 1 tin besar buah2an koktail (nak tambah nata de coca pun boleh)

4. masak 1 paket jelly konnyaku (nak guna perisa apa pun xpe..tp saya guna yg xdak perisa supaya senang nak letak warna apapun) bersama 1liter(ikut sukatan air pada paket jelly ni) dan pewarna. xperlu tmbah gula sbb dh ada gula dlm serbuk jelly ni.bila dah larut tuangkan atas susunan buah2 koktail tadi..sejukkan....mudah n ringkas..
*kalau nak ganti jelly konyaku dengan agar2 serbuk@tali pun boleh..tp kena tmbah gula..

Laksa Goreng Berempah

Bahan (laksa)
1 keping laksa kering (saya hancurkan dan cuci bersih, tos sampai keriang dan keringkan bawah cahaya matahari)
2 cawan minyak utk menggoreng


cara:
goreng laksa sehingga laksa kelihatan putih dan rasa rangup..ketepikan sementara membuat serbuk twisties

Bahan (rempah)
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan nestum
1 sudu makan cheese powder
1/2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk pati ayam tumix

cara:
kisar semua bahan dan tuang atas laksa yang telah digoreng...goncangkan sampai serbuk sebati dengan laksa...sedia hidang..sedap..rangup2 rasanya

Laksam


Bahan (laksam)
6 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
5 cawan air kosong
1 sudu kecil garam halus

Cara:
-campur semua bahan..kacau sebati..
-panaskan air kukusan..biar betul2 mendidih baru letak tudung periuk yg dah disapu minyak.kukus sampai masak..ulang sampai habis..tggu sejuk baru gulung...
-dapat dalam 20 gulung...(kalau guna tudung periuk kecik)


Bahan (Kuah laksam)
1/2 kg ikan sardin (siang bersih n rebus ngn garam n asam keping)kemudian amek isi ikan ja
1 biji pati santan
5keping asam gelugur
*1 sudu besar lada hitam

*2 labu bawang besar
*air rebusan ikan 
garam n gula
serai 
halia


cara: 
-bland isi ikan,lada hitam,air n bawang besar.campurkan semua bahan dalam periuk..masak sampai mendidih baru masukkan santan. asam keping, serai n halia..perasakan garam n gula