Isnin, 17 Jun 2013

Bubur Sum Sum


Bahan A
1 cawan tepung beras
1 kotak pati santan (200ml)
2 cawan air 
1 sudu teh garam

cara 1:
-campur semua bahan,kacau sebati sampai xberketul
-masukkan dalam periuk dan masakkan sampai pekat
-masukkan dalam acuan
-sejukkan dalam peti.makan sejuk2 dingin tekak..

cara 2:
-panaskan periuk kukus, air 3/4 periuk. biar air betul2 mendidih sebelum kukus..
-campur semua bahan,kacau sebati
-masukkan dalam periuk..masak sampai berasap dan adunan agak2 nak berketul..jgn sampai pekat
-masukkan dalam acuan. kukus selama 10-12mnt
-sejukkan dalam peti

Bahan B (air gula)
pewarna sirap 1/2 sudu kecil
4-5 sudu besar gula
2 gelas air panas.
daun pandan/asen pandan

cara:
-masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sampai gula hancur.
-kemudian sejukkan dalam peti.
-bila nak makan baru siram atas adunan tepung tadi..
*boleh ganti dengan air gula melaka/gula merah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan