Isnin, 17 Jun 2013

Lompang

Bahan 
*1 gelas air
*1/2 gelas gula merah
*1/2 gelas gula putih
1/3 gelas pati santan pekat (sy guna santan kotak)
1 gelas tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur makan + air 2 sudu besar
kelapa parut
garam
minyak (sapu pada acuan)

cara:
-masak bahan bertanda * dan tapiskan.biar sejuk seketika
-panaskan periuk kukus dan air 3/4 periuk
-Masukkan tepung beras,tepung ubi, pati santan dan bancuhan air kapur kedalam air gula merah yg dimasak tadi
-kacau sampai xberketul (kalau berketul tapiskan)
-sapu acuan dengan minyak dan masukkan adunan dalam acuan lompang
-bila air betul2 mendidih,kukus selama 10-15mnt
-bila dah masak hidangkan bersama kelapa parut yg dah digaul garam (kalau nak tahan lama,kukus dahulu kelapa parut tersebut)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan