Isnin, 17 Jun 2013

Popia Goreng Nestum

Bahan
10 keping kulit popia
bancuhan 1/2 sudu kecil tepung + air (utk lekatkan kult masa gulung)
1 1/2 cawan minyak (untuk goreng)

cara 1: gulung popia dan lekatkan dgn bancuhan tepung dan gunting serong2
cara 2: potong kulit popia kepada 4 bahagian..dan setiap bahagian dipotong 2..gulung dan lekatkan
*pilih mana2 cara yg disukai...kemudian goreng dalam minyak panas..guna api sederhana dan sering balik2kan masa goreng..dan keemasan boleh angkat dan tos..

1 sudu besar serbuk cheese
2 sudu besar nestum
1 sudu besar gula
1 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil susu tepung (guna susu dumex irfan ja)
kisar halus semua bahan..gaulkan dengan kulit popiah yg dah siap digoreng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan