Rabu, 24 Julai 2013

Puding Roti Karemel

Puding roti karemel
bahan A:
telur 3biji
roti gardenia 5keping
gula 3/4 cawan
susu cair satu tin
cara:
(bland semua sekali bahan A)


bahan B:
panaskan gula 5sudu besar dalam kuali@pengat.
bila dah perang masukkan air 3sudu
kacau semula sampai cair

1)tuang air gula hangus(bahan B dalam acuan)
2)tuang bahan yg bland(bahan A) atas gula hangus tu
3)kukus selama 20-25minit @ sampai masak (kalau guna acuan besar/pengat lebihkan masa kukus).
4)sejukkan..sedap dihidang bersama buah2 yg masam sbb puding ni manis.

Puding Roti Versi Tembikai

Bahan
-1 tin susu cair
-1 cawan gula
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu kecik asen vanila
-4 keping roti gardenia
-1 biji telur
-1 sudu besar butter
-5 cawan air
-1 paket agar2 tali (20g)
-pewarna (merah/hijau)
-1/2 sudu kecil biji selasih


cara masak:
- masakan agar2 dengan 5cawan air dan 1 cawan gula.sampai mendidih dan agar2 hancur
-bland roti gardenia,telur,susu cair,susu pekat,asen vanila& butter
-campurkan bahan yg dibland dalam agar2 yg dah mendidih..kacau sebentar dlm 3minit..tutup api..
-bahagikan kepada 3 bekas dan 2 bekas dimasukkan pewarna merah dan hijau,..1 bekas biarkan tanpa pewarna
-masukkan adunan merah dalam acuan (bentuk 3segi) dan taburkan biji selasih
-sejukkan adunan merah dan kemudian tuang perlahan aduanan tanpa warna
-akhir sekali tuang adunan warna hijau perlahan2 bila lapisan putih dah keras
-sejukkan dalam peti.
-dah sejuk, keluarkan dari acuan dan potong ikut kreativiti sendiri

Isnin, 22 Julai 2013

Nasi Daging Kambing Panggang


Bahan Nasi
*1/2 sudu makan serbuk  jintan manis
*1/2 sudu makan serbuk  jintan putih
* 1 sudu makan rempah kurma daging
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
3 cawan air 

1 cawan susu cair
1 kiub pati lembu
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi

2 helai daun pandan disimpul

cara:

-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam

-campur semua bahan bertanda *
-panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga n bunga lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/bland pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di campur tadi.gaul sebati..biar garing sedikit..kemudian masukkan beras.kacau sebati
-masukkan air ,susu cair dan kiub pati lembu perasakan garam,masukkan daun pandan dan tanak sampai nasi masak
*boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun n tabur atas nasi yg dah siap hidang bersama bawang goreng dan hirisan timun


Bahan Kambing Panggang
5 keping daging kambing
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
hirisan lemon
1 biji terus hiris serong
cara:
-perapkan daging bersama semua bahan selama 2-3 jam..lebih lama lebih baik
-masukkan daging dalam pemanggang dan panggang selama 15-20minit guna api perlahan
-bila daging dah masak..masukkan hirisan lemon  dan terung. panggang sekejap sj.jgn terlalu lama

Selasa, 16 Julai 2013

Sotong Bakar Percik Vantage


Bahan ( Sotong Bakar)

1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus

cara:
1)cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas shj
2)gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak
3)bila sotong dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas sotong..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas sotong masa hidang dlm pinggan nnti...

Bahan (percik)
2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh
*10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 - 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit

cara:
-bland bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik
-masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping,pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)
-bila dah masak boleh siram atas sotong bakar tadi
*kalau percik tu nak guna utk ayam perlu tambah halia masa bland cili n bhn2 lain tu ya


http://alatandapuriema.blogspot.com/2013/06/double-grill-pan-vantage.html

Nasi Lemak Daun Pisang


Bahan (nasi lemak)

2 cawan beras
2 1/2 cawan santan
garam
kayu manis
bunga lawang
halia hiris nipis

serai diketuk sedikit
daun pandan disimpulkan

Cara:
campur semua bahan dalam pemanggang vantage....tanak sehingga masak. guna api kecil ja. pemanggang tu ditutup.


Bahan (sambal tumis udang petai)
10tangkai cili kering (potong pendek2 dan rebus)
1 labu bawang besar belah 4.
1/2 inci belacan
1 sudu minyak masak
campur semua bahan dan bland sampai hancur

1/2 senduk minyak (utk tumis)
bawang merah dan bawang putih racik/tumbuk (utk tumis)
2 keping asam keping (jus asam jawa pun boleh)
petai 5-10 keping (ambil isi)..kalau nak guna kulit pun bleh kalau petai muda..hiris nipis2
1 mangkuk udang saiz sederhana
1 labu bawang besar hiris nipis bulat2
garam dan gula secukup rasa


Cara:
-panaskan minyak..tumis bawang sampai naik kekuningan..masukkan bahan yg dibland..

-tumis sampai naik bau/pecah minyak..biar betul2 masak.
-masukkan asam keping/jus asam jawa..masukkan petai dan udang.tambahkan garam dan gula..
-last skali masukkan bawang besar yg dihiris bulat2..
*kalau nak lagi sedap dan berlemak masukkan 1 senduk pati santan pekat akhir sekali..biarkan seketika sebelum padamkan api

*semasa hidang bungkus/lapik nasi dengan daun pisang untuk menaikkan aroma



Double Grill Pan Vantage


Khamis, 11 Julai 2013

Kari Bawal + Bendi


Bahan

Ikan bawal (2-3 ekor)
10 batang bendi
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
2 cawan santan cair
1 cawan pati santan pekat
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
*3 sudu besar serbuk kari ikan
*1 sudu besar serbuk cili
*1/2 cawan air asam jawa
minyak utk menumis
garam


cara:

1)campur dan sebatikan bahan bertanda *
2)Panaskan minyak
3)masukkan bawang merah n putih yg ditumbuk,halba campur dan daun kari (tinggalkan 2-3 helai utk hiasan)
4)masukkan bahan * yang disebatikan tadi. tumis sampai pecah minyak.
5)masukkan garam.
6)masukkan ikan, biar 2-3mnt,balikkan ikan,masak lg 2-3mnt dan angkat ikan keluar(cara mak sy supaya rempah kari sebati ngan ikan)
7)masukkan santan cair dan bendi.masak sampai bendi hampir empuk
8)masukkan semula ikan bersama pati santan dan cili merah yg dibelah 2.
*nak tmbah buah tomato pun boleh
9) masak sampai mendidih. padamkan api.hidang dan tabur 2-3helai daun kari

Rabu, 10 Julai 2013

Butter Prawn


Bahan A
10-15 ekor udang sederhana
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil (serbuk lada hitam + lada sulah)
sedikit garam dan serbuk kunyit
1 senduk mentega
5 tangkai cili padi
1 tangkai daun kari

cara: 
-cuci bersih udang, gaulkan garam,lada hitam,lada sulah,serbuk kunyit dan bawang putih
-panaskan butter dan masukkan masukkan udang dan semua bahan yang digaul tadi.
-bila udang hampir masak,masukkan cili padi dan daun kari. ketepikan.

Bahan B
3biji kuning telur (gred A)
secubit garam
1/3 ketul butter
1/2 cawan minyak masak
baki butter cair yang goreng udang tadi

cara:
-campurkan minyak dan butter ke dalam lebihan butter yang goreng udang tadi
-pukul kuning telur dengan garfu dan campurkan secubit garam
-bila minyak n butter dah betul2 panas,pusingkan senduk bulat(belakang senduk)pada dasar kuali laju2..hati2 ya..jgn smpai kena minyak panas
-tuang kuning telur dengan jarak agak tinggi..paras muka smbil pusing2 senduk tu..biar kuning telur masak betul2 smpai jadi keemasan...
-padamkan api,tapis dan bila betul2 kering minyak baru cmpur/hias atas udang yang digoreng tadi.

Isnin, 8 Julai 2013

Bihun Sup ala Kampung


Bahan
1 bungkus bihun
serbuk kunyit

rebus/celur bihun dengan air panas yg dimasukkan 2 sudu kecil serbuk kunyit..toskan sampai kering air

1 ekor ayam (hiris kecil2 )
3 batang serai
2 inci halia (hiris/ketuk)
1 ketul sup bunjut
1 sudu biji lada hitam (tumbuk2@guna serbuk pun boleh)
garam secukup rasa
1 jug besar air
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang lobak merah (potong ikut suka)

cara:
-kisar /tumbuk bawang besar dan bawang putih
-masukkan bahan kisar,sup bunjut,ayam, halia,air,serai (diketuk) dan lada hitam dalam periuk..rebus sampai mendidih
-masukkan lobak merah dan perasakan garam.biar mendidih.padamkan api hidangkan bersama bihun dan bahan hiasan

Bahan (Hiasan)
telur rebus (belah 2)
buah tomato belah 4 dan hiris nipis
hirisan daun bawang/ daun sup
bawang goreng
limau nipis
sambal tumis

Lopeh

Bahan
3-4 gelas gelas pulut
1/2 kg santan pekat
1 gelas air
1 biji kelapa parut (putih je)
gula melaka/gula merah 1 cawan
-air utk masak gula melaka.agak2 je..
*1 sudu kecil tepung jagung
daun pisang (dilayur)
tali
minyak masak (utk sapu pada daun pisang)

cara:
- bersihkan beras pulut dan rendam beberapa jam.
- masak beras dengan pati santan yg dicampur air.separuh masak ja
-panaskan periuk kukus.kemudian balutkan pulut yg ditanak tadi ke dlm daun pisang yg dh dilayur n sapu minyak masak dan gulungkan.ikatkan dengan tali (macam dlm gmbar)
-kukus sampai masak (lbh kurang 15-20mnt)
-masak gula merah/melaka dengan air sampai sebati..kalau nak pekat boleh tambah tepung jagung 1 sudu kecik yg dicmpur air.masak sampai pekat.
-pulut yg dah siap kukus tadi potong guna benang/tali.utk dapatkan bentuk yg cantik/xberkerutu.
-gaulkan dengan kelapa parut dan makan dengan air gula melaka tadi

Puding Roti Bakar

Bahan
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
2 sudu besar margerin
1 sudu teh asen vanila
8 keping roti gardenia
kismis

cara:
-carikkan roti (saya gunting 4bahagian)..
-susun dalam pan vantage dan tuang 1/2 tin susu cair..rendam dalam 5minit.
-bland baki susu cair,gula, telur, asen vanila, margerin
-kemudian siram bahan bland atas susunan roti..taburkan kismis..bakar sampai garing..
-nampak dah kering susu tu kira garing la..guna api paling kecik..dalam 10-15minit...
-bila dah garing..terbalikkan pan..bakar sebelah lagi dalam 3-4minit ja...siap la...tunggu sejuk skit potong n boleh makan ngan kuah kastard lagi sedap..

Khamis, 4 Julai 2013

Kek Coklat Bakar Pan Vantage


Bahan Kek
1 cawan susu cair
3 biji telur(B)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil asen vanila
1 cawan gula perang
1/2 ketul buttercup
2 sudu besar coklat emulco(boleh ganti dengan 1/2 cawan serbuk koko)

cara:
-bland telur dengan gula smpai kembang,kemudian masukkan butter dan asen vanila
-masukkan susu cair selang seli dengan tepung
-bila dah sebati masukkan coklat emulco
-sapu acuan dengan butter
-tuang adunan dalam acuan
-masukkan acuan dalam pemanggang vantage
-sy lapik acuan dengan 3 batang lidi satey
-tutup pemanggang dan bakar guna api paling perlahan selama 20-25mnt.bila dah kek masak boleh terbalikkan pemanggang kalau nak bahagian atas garing..kalau tak terbalikkan pun boleh.
-bila kek dah sejuk,keluarkan dr acuan dan hiaskan dengan toping dan manik hiasan.

Bahan2 toping
1/2 bar coklat masakan
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat

cara:
-double boilkan semua bahan dan siram atas kek..
-tabur manik2 hiasan n choc chip