Selasa, 24 September 2013

Pai Tee



Resepi: Bahan (utk kulit) - 2 cawan tepung beras - 1 1/4 cawan air - kapur makan 1/2 sudu kecik (bancuh ngan 2sudu air) - 1 sudu kecik garam - 1 sudu kecik gula 1/2 biji telur yg dah dipukul skit cara: kena isi minyak separuh periuk kecik..agak2 tenggelam acuannya..rendam acuan sampai panas..celur acuan dalam adunan tepung tadi...agak2 hampir 95% acuan..celup dalam minyak...biar kuning2..tanggalkan dr acuan guna garpu..biar sat dlm minyak bleh ulang celup acuan...bila dah kuning dan keras dah kulit tu angkat dan tos...
Bahan (inti) bawang merah & putih (racik/tumbuk) minyak utk tumis (1sudu shj) udang kering sengkuang/timun/lobak merah (parut) garam secubit rasa ja kacang tumbuk sos cili
cara: -tumiskan bawang..masukkan udang kering..sedikit je garam.. -xletak pun xpe sbb udang kering dh masin.. -kemudian masukkan lobak/timun/sengkuang. -gaul sebati dan matikan api.. -isi dalam kulit pai...tabur kacang tumbuk -sedap dimakan rangup2 bersama sos cili

Pau Kari Ayam vs Pau Sambal Tumis Bilis


Resepi:
1 paket mauripan (ibu roti)
2 1/2 gelas tepung pau 
1 sudu kecil baking powder (sy guna sudu kfc)
1 1/2 gelas air suam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam( sy guna sudu kfc)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil minyak
kertas/daun pisang potong bulat(lapik setiap biji pau)


cara:
-masukkan mauripan,susu pekat dan gula dalam air suam biar seketika (sampai berbuih)
-satukan tepung ,baking powder dan garam (gaul sebati)
-masukkan air sedikit sedikit sambil uli sampai doh xmelekat

-sapukan minyak pada doh dan uli sampai sebati
-masukkan doh dlm bekas tertutup biar naik 2x ganda
-lepas 1/2 jam tumbuk2 doh biar keluar angin
-bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil (dapat 12biji)

-kemudian masukkan inti (kari ayam @ sambal bilis) dan lapikkan kertas/daun pisang
-panaskan air dalam periuk kukusan (air 3/4 periuk)
-tunggu air betul2 mendidih baru la masukkan pau.
-pastikan penutup periuk dibalut dengan kain/aluminium foil supaya xmenitis air atas pau
-kukus pau selama 12-15minit

Cheezy Wedges Ala2 KFC



Resepi:
Bahan A
5 biji kentang (saiz besar) potong 8
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati ayam tumix
minyak utk menggoreng

Bahan B
2 sudu besar serbuk cheese powder
sedikit air (agak2 ja bila bancuh dengan cheese powder xberketul n xterlalu cair)
mayonis

cara:
-cuci bersih kentang dan potong 8.(xbuang kulit pun xpe)
-gaulkan semua bahan A dan biarkan sebati,perap 15-30mnt
-panaskan minyak dan goreng sampai keperangan.balikkan kentang dan ankat serta tos
-bancuh cheese powder dengan air panas dan masukkan dalam botol 1 lubang (botol sos)
-picitkan cheese atas kentang diselikan dengan mayonis

Isnin, 23 September 2013

Roti Puri Vs Sambal Tumis Bilis Kentang



Resepi: (utk 10biji roti puri)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil mauripan (ibu roti)
3/4 cawan air panas (menggelegak)
1 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

cara:
-campur tepung gandum dan mauripan..gaul sebati
-satukan air panas, gula, garam dan minyak
-tuang air skit2 dalam tepung tadi smbil kacau dengan sudu.
-kemudian uli sampai xmelekat..kalau xcukup air bleh tambah skit2..andai terlebih air,tambah skit tepung..
-biarkan adunan dlm bekas tertutup selama 1-2 jam.
-bila adunan dah naik, canaikan nipis (mcm nk buat kuih donat)
-bulatkan adunan dan biar 5mnt
-panaskan minyak, masukkan 1 biji dahulu bila minyak dh panas (pastikan api kecil ja)
-sambil goreng tu curah2kan minyak atas doh tadi supaya naik kembung..
-bila kembung dan kekuningan baru balikkan.
-angkat dan tos minyak
-hidang bersama sambal bilis @ kari
 

Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai


Resepi

1/2 kg daging 
serbuk kunyit dan garam halus (lumur pada daging)
5 papan petai (amik isi shj)
*santan
*kunyit hidup
*bawang besar 1 biji (saiz kecil ja)
*cili padi 5-6 biji
*cili besar 1 biji
*sedikit belacan
serai (diketuk)
asam keping
garam
buah tomato (belah 6)
cili besar hijau (belah 2)


Cara:
1)daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. kemudian disalai/bakar..bila dh siap salai/bakar,hiris nipis2.
2)bland bahan bertanda * dan tuangkan dalam periuk 3)kemudian masukkan daging dan serai.
4)masak dgn api sederhana.biar mendidih.masukkan petai, asam keping dan garam.biar masak seketika...
5)sebelum padam api masukkan cili hijau dan buah tomato
6)sedia hidang..nak bg harum tmbah hirisan daun kunyit

Kek Marble Pandan Versi Kukus




Resepi

5 biji telur (asingkan putih dan kuning)
2 cawan gula kastor
1 sudu kecil ovallete
4 cawan tepung kek(tepung naik sendiri)
1 kotak pati santan (200ml)
3/4 sudu kecil garam halus
1 sudu besar asen pandan
1 sudu besar coklat emulco(serbuk koko pun boleh)
pewarna hijau

cara:
-panaskan air dalam periuk kukus (air 3/4 periuk)
-putih telur bland bersama gula dan ovellete sampai kembang dan pekat
-masukkan kuning telur dan asen pandan
-masukkan adunan yg dibland dalam mangkuk besar dan kaup balikkan dengan tepung skit2
-pastikan tepung dan adunan yg dibland tadi betul2 sebati dan tidak berketul (tapis kalau berketul)
-masukkan pati santan yg dah dicampurkan garam dan sebatikan
-bahagi adunan kepada 3 bekas
-bekas pertama masukkan pewarna hijau
-bekas kedua masukkan coklat emulco
-bekas ketiga biarkan tanpa pewarna
-sapu acuan/loyang dengan mentega/butter
-tuang ke dalam acuan/loyang selang seli warna dan lorekkan guna lidi satey
-bila air dan betul2 mendidih,kukus selama 45minit (api sederhana)
-keluarkan dari loyang bila kek dah sejuk
-potong kek dan hidang
*kalau nak bakar pun boleh (rasa keknya lebih kering dan keknya naik lebih kembang)