Jumaat, 14 Jun 2013

Kek Coklat Karemel Kukus


Bahan A
2 sudu besar gula
cara:
-masukkan gula dalam loyang dan masak sampai kekuningan dan ketepikan

  *panaskan periuk kukus. air 3/4 paras periuk.

Bahan B
2 biji telur (gred A)
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 sudu besar gula
2 sudu kecil asen vanila
cara:
-campurkan semua bahan dalam 1 bekas..pukul guna garfu perlahan2..jgn sampai berbuih
-tapis adunan dan tuang atas lapisan karemel tadi
-kukus dengan api perlahan selama 1/2 jam

Bahan C
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar gula
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu besar mentega
cara: 

-masak semua bahan atas api sampai sebati dan xberketul.sejukkan seketika

Bahan D
2 biji telur (gred A)
cara:
-bland telur sampai kembang dan masukkan dalam bahan C dan kacau sebati

Bahan E
1 cawan tepung kek (self-raising)
cara: 
-Masukkan dalam adunan C sedikit sedikit dan gaul sebati
-tapiskan adunan dan tuang atas karemel yg dah siap kukus.
-kukus selama 45mnt-1jam
-dah siap kukus sejukkan dahulu baru keluarkan dari loyang -masukkan dalam peti selama 1 jam
-hidang sejuk2..nyaman tekak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan