Isnin, 17 Jun 2013

Udang Masak Lemak Tempoyak

Bahan
1/2 kg udang saiz sederhana
*1 senduk tempoyak
* kunyit hidup (besar ibu jari)
*5 biji cili padi
*1 biji cili merah
*1 biji bawang besar (saiz kecil)
*1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
daun kunyit hiris nipis / carik2kan
buah tomato (belah 6)
hirisan cili merah

cara:
- bland bahan bertanda * dan masukkan dalam periuk.
-masak sampai mendidih baru masukkan udang dan daun kunyit
-tambah santan pekat dan perasakan garam
-bila udang dah masak, padamkan api dan masukkan buah tomato dan hirisan cili merah
-sedia hidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan