Bahan A
• 1 cawan tepung gandum
• 1 biji telur
• 2 helai daun pandan @ beberapa titik asen pandan
• 1 1/2 cawan susu cair atau santan
• 1 sudu teh garam
• pewarna hijau & kuning
• 1 sudu besar majerin dicairkan
• sedikit minyak utk disapu pada kuali
Bahan (inti)
• 1/2 biji kelapa parut putih
• 3/4 cawan gula merah / 1 keping gula melaka
• ¼ cawan air
• 1 helai daun pandan@ asen pandan
• 1 sudu besar tepung pulut/jagung
cara (inti):
-campurkan air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
-Masak hingga pekat dan masukkan kelapa parut taburkan sedikit tepung
untuk kentalkan intinya.
-Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi
bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan.
Angkat. Buang daun pandan tadi.
cara (DADAR ketayap):
- Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis.
- Asingkan kepada 2 warna..kuning dan hijau.untuk adunan polkadot(hijau), tambahkan sedikit tepung supaya lebih pekat.
- Panaskan kuali/pan, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan senduk
adunan tadi dan layangkan kuali/pan agar adunan tadi bulat. (*kemudian
,bila adunan dah hampir masak, dot-dotkan atas adunan dengan hijau).saya
guna botol plastic letak kicap tu.yg kecil.kalau guna plastic 3 segi
dan guntingkan muncungnya pun boleh.
- Biarkan masak sehingga 1 minit, angkat jangan terlalu lama. (angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
- Terus letakkan inti dan gulung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan