Ahad, 16 Jun 2013
Kerabu Jantung Pisang
Bahan (8-10 org)
2-3 biji jantung pisang(saiz sederhana)
5 ekor ikan kembung saiz sederhana besar
3 biji bawang besar
2-3 cawan pati santan (xterlalu pekat)
1 sudu besar lada hitam
10 biji cili padi
3 sudu besar kerisik
1 inci belacan
jus limau nipis
garam dan gula secukup rasa
*air (kalau perlu)
*asam keping (petua xnak jantung pisang jadi hitam masa rebus)
cara:
-rebus jantung pisang sampai empuk (kalau xnak hitam masukkan asam keping masa rebus)
-bila dah empuk tos sampai kering air rebusan dan potong nipis (1-2cm)
-rebus /bakar ikan kembung dan ambil isinya sahaja (tulang buang ya)
-penyet2kan isi ikan dan campur dalam hirisan jantung pisang
-masak sekejap pati santan .jgn lama sgt(nak bg kerabu tahan lama,xcepat masam/basi)
-bland pati santan bersama cili padi,lada hitam,kerisik dan belacan
-potong nipis bawang besar
-campurkan bahan bland,hirisan bawang,jus limau nipis sertaperasakan garam dan gula.gaul sebati
*kalau nak berkuah boleh tambahkan sedikit air atau lebihkan santan
-sedia hidang bersama nasi putih @ boleh makan tanpa nasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan