Ahad, 27 Oktober 2013

Rojak Pasembor

Bahan-Bahan
A)Cucur Udang
2 cawan tepung + 1 sudu kecil baking powder
1 senduk isi udang
secubit garam dan sedikit gula
1 biji telur
hirisan daun kucai
air sejuk (dr peti ais)-utk bg rangup
Minyak utk goreng

Cara
-campur semua bahan, gaul sebati dan perap selam 1/2 jam
-panaskan minyak dan goreng dalam minyak panas (minyak kena byk)
-tunggu kekuningan, balikkan dan bila dah garing angkat dan tos minyak
-tunggu sejuk skit baru potong/gunting

B)Kuah Kacang
1 mangkuk kacang tanah tumbuk/kisar (kasar2 skit baru terasa bila mkn)
*10 tangkai cili kering (rebus dan tos air)
*1 sudu besar udang kering
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
*air
*sedikit belacan (xletak pun xpe)
jus asam jawa
garam, gula puteh dan gula merah(agak2 masin manis secukup rasa)
* santan (jika perlu)
minyak utk menumis

Cara:
-Bland semua bahan *
-panaskan minyak, masukkan bahan bland
-tumis sampai pecah minyak
-masukkan kacang tanah goreng yg ditumbuk/kisar
-tambah air jika terlalu pekat
-masukkan jus asam jawa, garam, gula merah dan gula putih secukup rasa
-sy masukkan 1/3 cawan pati santan
-padamkan api dan boleh hidang bersama bahan2 sampingan

C) Bahan2 sampingan
-sengkuang (hiris ikut kreativiti)
-hirisan timun
-tempe digoreng dahulu da hiris 4 segi
-tauhu digoreng dan hiris nipis
-taugeh dicelur seketika

Kerabu Pucuk Paku + Kerang

Bahan-Bahan
1 ikat pucuk paku (potong pendek & celur air panas)
1 kg kerang (rebus dengan sedikit garam dan ambil isinya shj)
1 genggam taugeh (celur air panas)
1 biji bawang besar (belah 2 & hiris nipis2)
*3 inci lengkuas dihiris
*5 batang serai dihiris
*1 cawan pati santan
*garam
*1 inci belacan
*3 sudu besar kerisik
*10 biji cili padi (lebihkan kalau suka pedas)

Cara:
-Bland semua bahan *
-masak seketika bahan bland (supaya santan tahan lama xcepat basi) xmasak pun xpe
-biar sejuk seketika (sampai dh xberasap)
-gaulkan bersama pucuk paku,isi kerang,taugeh dan hirisan bawang besar
-sedia hidang bersama nasi panas2..sgt sedap

Selasa, 8 Oktober 2013

Aiskrim Bubur Jagung Kcang Hijau



aiskrim bubur kacang hijau + jagung bahan2 2 cawan kacang hijau 1 cawan isi jagung 1 kotak santan pekat 200ml + 3 cawan air suam 4-5 cawan air utk rebus kacang 3/4 cawan gula putih 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan biji sagu 2 helai daun pandan disimpul secubit garam
cara: 1)rendam kacang 1-2 jam dan rebus dengan air sampai kembang(air akan kering) dan empuk 2)masak santan yg dah dicampur air suam, daun pandan,garam, gula dan gula merah dalam periuk lain sampai gula larut 3)masukkan kacang hijau yg direbus,sagu dan jagung dalam adunan santan...masak sampai empuk,kacau sebati dan biar mendidih. 4)utk bubur sedia hidang panas2... 5) Utk aiskrim, sejukkan dlu.bila dah sejuk, masukkan dalam plastik aiskrim dan ikat ketat2 6)bekukan semalaman

Roti Jala Serawa Durian



Bahan (Roti Jala) 3 cawan tepung gandum 1 cawan santan (boleh ganti susu cair) 2 cawan air 1 sudu kecil garam 1 biji telur pewarna kuning & hijau 1 sudu kecil asen pandan *minyak utk sapu pada non stick pan
cara: -satukan semua bahan dalam blander kecuali minyak dan pewarna -bland sampai sebati -bahagiakan kepada 2 bekas dan masukkan pewarna -masukkan adunan ke dalam acuan muncung 3 (boleh guna acuan roti jala biasa) -sapukan minyak pada non stik pan -jala/anyam adunan atas non-stik pan dan biar sampai masak (guna api kecil shj) -hidang bersama serawa durian dan teh o panas
serawa durian:
1
)10-15 ulas isi durian
2) 1/2 cawan gula putih(xmanis sgt,kalau nak manis lebihkan gula)
3)2-3 cawan santan
4)secubit garam

5)2 helai daun pandan(simpulkan)
6)1/2 senduk gula merah

cara:
-isi durian dimasak dengan santan,gula,gula merah n sedikt garam

-letak simpulan daun pandan..masak sampai isi durian hancur dan kuah agak pekat
-kalau xsuka pekat boleh tmbah air@santan cair..

Lamb Chop


Bahan A
-5 - 10 keping daging kambing
*boleh diganti dengan daging lembu/ayam (kalau xsuka kambing)

Bahan B (sos lada hitam utk perap dan siram atas lamb chop)
-1 labu bawang besar (potong dadu)
- 2 sudu butter/planta
- 1 sudu tepung gandum@jagung (dibancuh dgn sedikit air)
- 2 sudu lada hitam di tumbuk @ serbuk lada hitam
- 1 sudu sos tiram / sos cili@sos tomato
- 1 kiub pati ayam/lembu
*boleh tambah cendawan butang kalau suka

cara:
cairkan butter, tumiskan bawang besar.dah kuning masukkan bancuhan tepung..kacau sekata..masukkan lada hitam..sos cili@tomato,sos tiram dan kiub pati ayam...tmbahkan air jika terlalu pekat...masak sampai mendidih dan padamkan api...ambik separuh simpan untuk siram atas daging yg dah dibakar/panggang nanti. separuh lagi guna utk perap daging.
selepas perap daging selama 2-3 jam (lebih lama lebih sedap)
masukkan dalam pemanggang dan panggang selama 10-15mnt..balikkan pemangang dan bakar lg 10 mnt..biar daging betul2 masak..

Jumaat, 4 Oktober 2013

Laksa Johor


Resepi Laksa Johor

Bahan:
1/2 paket spegetti
air
1 sudu minyak

Cara: 
-Cuci bersih spegetti..
-masukkan dalam pan vantage..
-masukkan air 3/4 pan..
-rebus sampai empuk guna api sedang ja

Bahan Kuah:
1/2 kg ikan sardin (siang bersih n rebus ngn garam n asam keping)kemudian amek isi ikan ja bland ngan air rebusan ikan tadi
1 biji pati santan
5keping asam gelugur
garam n gula
serai
daun kesum
bunga kantan
bahan tumis:
*2 sudu cili boh
*2 sudu serbuk kari ikan
*2 sudu udang kering
*1 sudu besar lada hitam
*2 labu bawang besar
*halia
*belacan
minyak

Cara
-bland semua bahan *
-tumis sampai pecah minyak.masukkan isi ikan yg dibland,asam keping dan biar mendidih..
-masukkan pati santan dan daun kesum,bunga kantan..perasan garam dan gula

ulam:
timun
kacang panjang
bawang besar

Masak Lemak Cili Padi Ketam Nenas



Resepi Masak Lemak Cili Padi Ketam Nenas

Bahan
3-5 ekor ketam (dicuci bersih dan di potong 2 bahagian)
1 biji nenas (saiz kecil) dihiris nipis
*1 labu bawang besar
*3 inci kunyit hidup
*1/2 cawan santan cair
* 5-10 tangkai cili padi (kalau xsuka pedas kurangkan)
*1 biji cili merah
1 keping asam gelugur
1 cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2 batang serai diketuk
garam

Cara 
-bland bahan bertanda * dan masukkan bersama ketam, serai dan asam gelugur ke dalam periuk.
-tutup periuk dan masak sampai mendidih.
-bila mendidih masukkan nenas,pati santan dan daun kunyit. perasakan garam.
-gaul sebati semua bahan dan masak dengan api kecil sampai mendidih.
-kena kerap kacau2 kuah supaya santan xpecah minyak..padamkan api.sedia hidang.

Rabu, 2 Oktober 2013

Ayam Panggang Madu


Resepi Ayam panggang madu

Bahan2
-1 ekor ayam..cuci bersih (belah 2 jgn smpai putus), kemudian kelar2 isi ayam supaya bahan perap meresap
-serbuk kunyit dan garam halus
-5 sudu besar madu
-3 sudu besar serbuk lada hitam
-2 sudu besar serbuk jintan manis dan jintan putih
-5 sudu besar kicap pekat manis
-3 sudu besar sos tiram

Cara: 

-gaulkan semua bahan dan perap selama 2-3jam.
-masukkan dalam pemanggang vantage dan panggang selama 20-30mnt.
-balikkan pemanggang dan panggang sampai masak
-hidang bersama salad,hirisan timun dan tomato
* sesuai hidang bersama nasi ayam.

Nasi Goreng Petai + Tom Yam Sayur


Resepi Nasi Goreng Petai

Bahan
1 mangkuk nasi
2 sudu besar cili kisar (cili kering rebus,bawang besar, bawang putih n belacan dikisar bersama)
2 sudu besar sos tiram
ikan bilis (ikut byk mana nk letak)
garam
serbuk pati ikan bilis
1 papan petai (ambil isi shj)
minyak utk menumis

Cara:
-panaskan minyak,masukkan cili kisar. tumis sampai pecah minyak
-masukkan sos tiram dan ikan bilis (tumbuk skit bilis tu)
-masukkan garam,pati bilis dan petai kemudian sebatikan
-masuk nasi dan gaul sebati dan biar masak seketika

Resepi Tom Yam Sayur

Bahan
1 keping dada ayam
kubis dihiris nipis
bunga kobis
putik jagung
carrot/lobak merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar perencah tomyam
1 sudu besar cili kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
6 biji cili padi (belah 2)
2 keping daun limau purut
jus limau nipis
minyak utk tumis
air
buah tomato (belah 4)
garam secukup rasa

Cara:
-tumis bawang merah,bwg puih,halia n lengkuas,
-masukkan 1 sudu besar cili kisar,serai,perencah tomyam..biar garing,
-masukkan air,isi ayam..bila ayam dah empuk, masukkan cili padi,
-pastu masuk lobak merah, putik jagung, bunga kubis dan kubis ikut mana sayur yg perlu masuk awal
-bila dah mendidih,perasakan garam..letak jus limau n daun limau purut 
-padamkan api dan letak buah tomato
-hidang bersama nasi goreng petai

Ketupat Daun Palas


Resepi Ketupat
Bahan
3 cawan beras pulut (rendam semalaman)
1 ½ cawan santan pekat
1 cawan santan cair
garam secukup rasa
3 helai daun pandan (simpulkan)
*kalau suka pulut tu manis skit letak gula 1 sudu besar
Daun palas

Cara:
-tanak pulut bersama santan,garam dan daun pandan ½ masak ja.
(pastikan santan tu xmelebihi paras beras pulut masa nak tanak tu)
-bila dah kering santan, anyam ketupat dan ikat ketat2 supaya air xmasuk
-rebus sampai masak –sampai kering air(air rebusan sama paras ketupat)
-angkat dan tos
-hidang bersama rendang/kari/sambal bilis

Resepi rendang serai ayam


Bahan

15 batang serai
*10 tangkai cili kering (rebus dlu)
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*2 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*1 inci halia
3 keping dada ayam (hiris kecil2)
*1 cawan santan cair
garam
gula
2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur
daun kunyit


Cara:
-serai hiris bulat nipis2
-bland semua bahan bertanda *
-masukkan dalam kuali isi ayam bersama bahan bland,hirisan serai dan asam gelugur
-bila mendidih masukkan santan pekat,perasakan garam dan gula
-masak sampai hampir kering
-masukkan hirisan daun kunyit.
-padamkan api dan hiding
*serai tu boleh juga kalau nak bland skali bahan *