Bahan (inti)
2 cawan kelapa parut
1 cawan bancuhan gula merah
Secubit garam
Simpulan daun pandan
tepung gandum agak2 ja (tabur2 ja masa kelapa n gula merah dh sebati,supaya adunan kelapa melekat dan kental skit..senang nak masukkan dlm kulit nanti)xnak letak pun xpe
Bahan (kulit)
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan air pandan (blend halus 4-5 helai daun pandan dan tapis) tambah skit pewarna hijau (1-2 titik ja)
1/2 cawan sntan yg xpekat sgt
Secubit garam
*1 atau 2 sudu besar minyak masak untuk oles kat kuali (kalau xguna pan vantage)kalau guna pan xperlu minyak.
Cara-cara:-
Untuk inti: Campurkan bahan-bahan inti kedalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga sedikit kering. Kalau kurang manis boleh tambah gula pasir. Bila dah sebati dan agak kering, keluarkan daun pandan dan ketepikan.
Untuk kulit: Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati menggunakan whisk. tapiskan..Panaskan pan vantage (api perlahan), Tuang sesenduk adunan ke tengah pan dan ratakan dengan senduk(kalau guna kuali biasa sapu dahulu minyak sebelum tuang adunan) Bila kulit kuih ketayap dah "lekang" dari pan tu maknanya kulit dah masak. Bila dah masak boleh angkat, letak inti dan gulung.(lipat tepi dlu kiri kanan...baru gulung).ulang sampai habis adunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan