Ahad, 30 Ogos 2015

roti bakar lapis keju


 hujan petang2 ni rasa lapaq plak
godek2 dapur jumpa roti gardenia..sardin..
dok pikiaq berkali2 nak masak apa.

mula2 nk buat sandwish ja
mcm simple sgt
buka freeze jumpa keju..terus terbayang roti lapis keju

 resepi simple cmpak2 ja ya..
12 keping roti gardenia
 1 tin sardin saiz kecil
 1 senduk mix vegetable
 1/2 biji cili benggala hiris nipis
 1 biji bawang besar hiris nipis
 3 ulas bawang putih hiris nipis
 hirisan timun
 4 keping keju
 1 senduk hirisan keju mozarela
 daun sup hiris nipis
 1 senduk minyak
 secubit garam
 1 sudu serbuk kari ikan dibancuh dengan air
 2 biji telur
 1/2 cawan susu cair

cara masak
panaskan minyak
masukkan bawang dan goreng garing
masukkan bancuhan serbuk kari
biar garing dan pecah minyak
masukkan sardin yg dah dihancurkan
tmbah mix vegetable dan perasakan garam
masak smpai kering air
susun roti gardenia dalam pan 6 keping
masukkan sardin dan ratakan
tabur hirisan timun dan potongan cili benggala
carikkan keju dan tabur penuh atas hirisan timun
susn roti lapisan atas
pecahkan telur dan masukkn susu cair, sebatikan
kemudian tuang atas susunan roti
tabur keju mozarella dan daun sup
panaskan pan dan guna api kecik
biar masak dalam 15 minit
boleh balikkan pan utk bg kenu mozarella garing



Rabu, 26 Ogos 2015

nasi ayam penyet



resepi nasi
2 cawan beras
3 1/2 cawan air rebusan ayam
*bawang besar hiris nipis
*halia hiris nipis
*bawang putih hiris nipis
*minyak utk tumis
panaskan minyak
tumis bawang dan halia smpai garing
masukkan  air dan beras
tanak sampai masak

resepi ayam goreng berempah
isi ayam
*2 sudu cili kisar
*1 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar jintan manis
* 1 biji bawang besar
* 2 inci halia
* 3 batang serai
*2 inci kunyit hidup
*garam dan gula secukup rasa
minyak utk gorwng
2 tangkai daun kari

cara
blen kasar semua bahan *
gaul pada ayam dan perap beberapa jam
goreng garing bersama daun kari
angkat dan toskan

sambal jawa
5 biji cili merah
10 biji cili padi
2 biji buah tomato belah 4
3 sudu ikan bilis
belacan secukup rasa
garam dan gula
bawang besar belah 4
3 sudu minyak utk goreng

cara
goreng semua bahan dan blen
masukkan dalam kuali
masak smpai pekat

sampingan
tempe dan tauhu goreng
ulam ulaman




Isnin, 24 Ogos 2015

puding sumi jelly

percubaan ke 2 buat puding ni bru jadi kemas
pertama kali buat berselerak pudingnya..sbb xtau teknik
bila google2 cri teknik yg betul baru tahu kena sejukkan dlu sumi.
kali ke 3 buat saya tmbah agar2 plain dan sejukkan
alhamdulillah.menjadi dan kemas pudingnya
resepi puding roti sumi jelly

bahan2
agar2 tali 12g
900ml air
2 sudu kecil serbuk jelly
* 1 biji telur
* 3 keping roti gardenia
* 1 tin susu cair
* 1 tin air
* 3 sudu besar susu pekat
* 3/4 cawan gula (suka manis boleh lebihkan)
* 1 sudu mentega/butter
*pewarna

cara masak
masak air dan agar2 smpai hancur
tambah serbuk jelly dan kacau sebati
susun sumi jelly dalam acuan
tuang beberapa sudu agar2 yg dah masak tadi keliling sumi
sejukkan dalam peti
blen halus bahan *
tuang dalam periuk agar2
masak smpai hmpir pekat
cepat2 bahagi kepada beberapa bekas
letak pewarna
tuang selapis selapis  atas sumi jely
sejukkan dan potong ikut alur acuan



Rabu, 12 Ogos 2015

begedil ayam

percubaan pertama saya buat begedil
bedebaq jugak kot tak jadi
alhamdulillah...jadi juga

bahan2
4 biji kentang saiz besar
2 keping dada ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
lada sulah
garam secukup rasa
hirisan daun sup /daun bawang
*telur
*minyak utk tumis dan goreng

cara
kupas kentang,potong dadu dan goreng smpai empuk
tumis bawang dan masukkan isi ayam yg dicicang kecil
kemudian blen kering semua bahan smpai hmpir hancur
masukkan dalam mangkuk
tmbah hirisan daun sup/daun bawang,garam dan lada sulah
gaul sebati.bulat2kan dan tekan leper skit
celup dalam telur yg dh dipukul
goreng dalam minyak panas.api sederhana
*supaya xberderai pastikan dh garing baru balikkan
*jgn masukkan byk sgt dalam kuali