Isnin, 17 Jun 2013

Nasi Lemak Halba + Sambal Tumis Sotong Kering


Bahan (Nasi)
2 cawan beras basmathi pusa gold (beras biasa pun boleh)
1 cawan santan pekat
2 cawan air perahan daun pandan
1/2 sudu makan garam
halia (hiris nipis)
1/2 sudu kecil halba


cara:
-bersihkan beras dan rendam 1/2 jam (beras biasa xperlu rendam)
-campur semua bahan (beras,santan,air pandan,halia,halba dan garam).
-masukkan dalam grill pan vantage dan tutup
- tanak selama 10mnt dengan api paling perlahan

Bahan (Sambal Sotong Kering)
-2 senduk cili kisar (cili kering rebus dan bland bersama sedikit minyak masak,belacan n bawang besar)
-6 ekor sotong kering (rendam beberapa jam sampai kembang)
-bawang merah dan putih (utk tumis)
-1 biji bawang besar (hiris nipis)
-kacang panjang (hiris serong2)
-garam,gula dan asam keping
-minyak utk menumis

cara:
-panaskan minyak,tumis bawang sampai kekuningan
-maskkan cili kisar,masak sampai cili betul2 garing,pecah minyak dan sedikit merah gelap warnanya
-masukkan sotong
-perasakan garam,gula dan letak asam keping
-akhir sekali masukkan kacang dan bawang
*kalau kuah kering sgt boleh tmbah sedikit air

*hidang nasi bersama sambal,bilis & kacang goreng n timun..ada telur rebus pun sedap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan