Jumaat, 4 Oktober 2013

Masak Lemak Cili Padi Ketam Nenas



Resepi Masak Lemak Cili Padi Ketam Nenas

Bahan
3-5 ekor ketam (dicuci bersih dan di potong 2 bahagian)
1 biji nenas (saiz kecil) dihiris nipis
*1 labu bawang besar
*3 inci kunyit hidup
*1/2 cawan santan cair
* 5-10 tangkai cili padi (kalau xsuka pedas kurangkan)
*1 biji cili merah
1 keping asam gelugur
1 cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2 batang serai diketuk
garam

Cara 
-bland bahan bertanda * dan masukkan bersama ketam, serai dan asam gelugur ke dalam periuk.
-tutup periuk dan masak sampai mendidih.
-bila mendidih masukkan nenas,pati santan dan daun kunyit. perasakan garam.
-gaul sebati semua bahan dan masak dengan api kecil sampai mendidih.
-kena kerap kacau2 kuah supaya santan xpecah minyak..padamkan api.sedia hidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan