Ahad, 30 Ogos 2015

roti bakar lapis keju


 hujan petang2 ni rasa lapaq plak
godek2 dapur jumpa roti gardenia..sardin..
dok pikiaq berkali2 nak masak apa.

mula2 nk buat sandwish ja
mcm simple sgt
buka freeze jumpa keju..terus terbayang roti lapis keju

 resepi simple cmpak2 ja ya..
12 keping roti gardenia
 1 tin sardin saiz kecil
 1 senduk mix vegetable
 1/2 biji cili benggala hiris nipis
 1 biji bawang besar hiris nipis
 3 ulas bawang putih hiris nipis
 hirisan timun
 4 keping keju
 1 senduk hirisan keju mozarela
 daun sup hiris nipis
 1 senduk minyak
 secubit garam
 1 sudu serbuk kari ikan dibancuh dengan air
 2 biji telur
 1/2 cawan susu cair

cara masak
panaskan minyak
masukkan bawang dan goreng garing
masukkan bancuhan serbuk kari
biar garing dan pecah minyak
masukkan sardin yg dah dihancurkan
tmbah mix vegetable dan perasakan garam
masak smpai kering air
susun roti gardenia dalam pan 6 keping
masukkan sardin dan ratakan
tabur hirisan timun dan potongan cili benggala
carikkan keju dan tabur penuh atas hirisan timun
susn roti lapisan atas
pecahkan telur dan masukkn susu cair, sebatikan
kemudian tuang atas susunan roti
tabur keju mozarella dan daun sup
panaskan pan dan guna api kecik
biar masak dalam 15 minit
boleh balikkan pan utk bg kenu mozarella garing



Tiada ulasan:

Catat Ulasan