Isnin, 22 Julai 2013

Nasi Daging Kambing Panggang


Bahan Nasi
*1/2 sudu makan serbuk  jintan manis
*1/2 sudu makan serbuk  jintan putih
* 1 sudu makan rempah kurma daging
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
3 cawan air 

1 cawan susu cair
1 kiub pati lembu
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi

2 helai daun pandan disimpul

cara:

-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam

-campur semua bahan bertanda *
-panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga n bunga lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/bland pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di campur tadi.gaul sebati..biar garing sedikit..kemudian masukkan beras.kacau sebati
-masukkan air ,susu cair dan kiub pati lembu perasakan garam,masukkan daun pandan dan tanak sampai nasi masak
*boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun n tabur atas nasi yg dah siap hidang bersama bawang goreng dan hirisan timun


Bahan Kambing Panggang
5 keping daging kambing
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
hirisan lemon
1 biji terus hiris serong
cara:
-perapkan daging bersama semua bahan selama 2-3 jam..lebih lama lebih baik
-masukkan daging dalam pemanggang dan panggang selama 15-20minit guna api perlahan
-bila daging dah masak..masukkan hirisan lemon  dan terung. panggang sekejap sj.jgn terlalu lama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan