Rabu, 10 Julai 2013

Butter Prawn


Bahan A
10-15 ekor udang sederhana
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil (serbuk lada hitam + lada sulah)
sedikit garam dan serbuk kunyit
1 senduk mentega
5 tangkai cili padi
1 tangkai daun kari

cara: 
-cuci bersih udang, gaulkan garam,lada hitam,lada sulah,serbuk kunyit dan bawang putih
-panaskan butter dan masukkan masukkan udang dan semua bahan yang digaul tadi.
-bila udang hampir masak,masukkan cili padi dan daun kari. ketepikan.

Bahan B
3biji kuning telur (gred A)
secubit garam
1/3 ketul butter
1/2 cawan minyak masak
baki butter cair yang goreng udang tadi

cara:
-campurkan minyak dan butter ke dalam lebihan butter yang goreng udang tadi
-pukul kuning telur dengan garfu dan campurkan secubit garam
-bila minyak n butter dah betul2 panas,pusingkan senduk bulat(belakang senduk)pada dasar kuali laju2..hati2 ya..jgn smpai kena minyak panas
-tuang kuning telur dengan jarak agak tinggi..paras muka smbil pusing2 senduk tu..biar kuning telur masak betul2 smpai jadi keemasan...
-padamkan api,tapis dan bila betul2 kering minyak baru cmpur/hias atas udang yang digoreng tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan